PEMBINAAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN BAGI MENGUKUR AMALAN PATRIOTISME DAN TOLERANSI KAUM BELIA PELBAGAI KAUM

Abdul Aziz Abdul Rahman ', Abdul Razaq Ahmad, Mohd Mahzan Awang, Jamil Ahmad '

Abstract


AbstrakKajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan instrumen bagi mengukur amalan patriotisme dan toleransi kaum dalam kalangan belia di Malaysia. Lima atribut utama dalam Amalan Patriotisme adalah merangkumi aspek (i) Bangga sebagai Rakyat Malaysia; (ii) Setia akan Negara; (iii) Semangat Kekitaan; (iv) Berdisiplin, serta (v) Berusaha dan Produktif. Bagi Toleransi Kaum pula, atribut utama memfokuskan kepada (i) Penerimaan Sosial, (ii) Penghargaan Etnik, (iii) Kompromi, dan (iv) Penyerapan Budaya. Atribut ini merupakan asas utama kepada pembinaan instrumen dalam kajian ini. Pembinaan instrumen ini melibatkan empat tahap. Pertama, rujukan kepelbagaian sumber yang meliputi model, kajian literatur dan soal selidik. Kedua, pengesahan empat orang pakar bagi kesahan muka dan kesahan kandungan, seterusnya diperbaiki berdasarkan cadangan. Ketiga, proses kesahan dan kebolehpercayaan instrumen berdasarkan análisis korelasi ítem dan Alfa Cronbach. Proses ini melibatkan seramai 100 orang responden iaitu Melayu (n=40), Cina (n=30) dan India (n=30) yang dipilih secara rawak di sekitar Lembah Klang, Malaysia. Analisis data menggunakan perisian SPSS versi 20. Hasil kajian menunjukkan kesemua ítem dalam konstruk yang dikaji adalah mempunyai hubungan signikan yang sangat kuat (nilai r melebihi .70). Manakala análisis Alfa Cronbach menunjukkan tahap kebolehperacyaan yang sangat tinggi bagi kesemua ítem iaitu di antara 0.80 hingga 0.95. Kedua-dua análisis ini menunjukkan bahawa keseluruhan ítem bagi setiap konstruk boleh digunakan dalam mengukur tahap amalan patriotisme dan toleransi kaum dalam kalangan belia.

Kata Kunci: pembinaan dan pengesahan instrumen, amalan patriotisme, toleransi kaum, belia pelbagai kaum


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.