PERGAULAN DALAM KOMUNITI RUMAH PANJANG DAN HUBUNGANNYA DENGAN MASALAH TINGKAH LAKU PELAJAR IBAN

Adeline Annet anakNyanggau, Mohd MahzanAwang ', Abdul Razaq Ahmad

Abstract


AbstrakArtikel ini membincangkan isu-isu dan cabaran yang berkaitan dengan pergaulan dan persekitaran sosialmasyarakat Iban di rumah panjang serta hubungannya terhadap masalah tingkah laku pelajar Iban. Masyarakat Iban merupakan masyarakat peribumi Sarawak yang paling ramai bilangannya. Mereka juga dikenali sebagai Dayak Laut atau “Sea Dayak” dan mendiami semua kawasan di Sarawak (ChemalineUsop, 2006). Antara isu-isu yang dibincangkan adalah keciciran yang terjadi di kalangan pelajar Iban kerana masalah tingkah laku, keprihatinan ibu bapa terhadap pembentukan sahsiah pelajar Iban, peranan komuniti rumah panjang dalam mendidik tingkah laku pelajar yang positif dan jenis aktiviti sosial dan pergaulan yang menyebabkan masalah tingkah laku pelajar Iban. Artikel ini juga membincangkan sejauhmanakah aktiviti pergaulan di rumah panjang mempengaruhi tingkahlaku pelajar Iban. Bemtuk-bentuk pergaulan yang menyebabkan terjadinya masalah tingkah laku di kalangan pelajar Iban tersebut. Turut dibincangkan dalam kertas konsep ini adalah teori pembelajaran sosial yang diperkenalkan oleh Albert Bandura pada tahun 1977. Teori ini menekankan tentang peranan persekitaran dalam pembentukan peribadi manusia di mana, pembentukan sahsiah dan peribadi seseorang itu bukan terjadi secara sendiri tetapi dipengaruhi oleh keadaan persekitaran tempat tinggal mereka. Amnya kertas ini akan memberi gambaran awal tentang sosio-budaya di rumah panjang serta interaksi sosial komuniti Iban yang menjurus kepada masalah tingkah laku pelajar.

Kata kunci :masalah tingkah laku, pergaulan komuniti Iban,rumah panjang, sosio-budaya


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.