PERANAN GURU DAN PELAJAR DALAM MEMBENTUK HUBUNGAN ETNIK DI SEKOLAH

Ahmad Ali Seman, Abdul Razaq Ahmad, Abdul Aziz Abdul Rahman ', Warti Binti Kimi, Noria MunirahYakub '

Abstract


AbstrakSekolah mempunyai tanggungjawab besar sebagai agen penyatuan dan perpaduan. Peranan guru sebagai penggerak dan penyuntik elemen perpaduan dan kesediaan menerima perbezaan dalam kalangan pelajar amatlah penting. Kelangsungan kestabilan Negara terletak pada kelangsungan hubungan yang baik antara kaum. Jika hubungan ini terjejas, maka timpanglah bangsa dan Negara Malaysia. Kajian ini dilakukan untuk menilai kembali agenda hubungan etnik dalam pendidikan dengan objektif melihat peranan guru menjayakan konsep hubungan etnik kepada pelajar-pelajar Tingkatan 2 menggunakan Modul Kepelbagaian Budaya dengan memasukkan elemen etnisiti. Sesuai dengan tujuan kajian ini, elemen etnisiti telah digarap menggunakan Modul kepelbagaian budaya kepada sampel kajian selama 15 minggu, kemudian pengkaji melaksanakan pemerhatian sebanyak 7 kali untuk melihat penerimaan pelajar dan perubahan tingkahlaku menggunakan empat skala kekerapan Matlamat Integrasi Nasional merupakan dasar yang luhur bagi menggerakkan peranan sekolah dan pendidikan sebagai agen dan saluran pentingberasaskan teori multi cultural (kepelbagaian budaya) penyelidik merumuskan tiga perspektif utama yang bersesuaian dengan kehendak penyelidikan ini.Sepanjang aktiviti pembelajaran di laksanakan menggunakan kepelbagaian sumber dan kaedah, didapati persepsi pelajar terhadap hubungan etnik lebih terbuka dan positif. Daripada tiga elemen tingkahlaku berkaitan hubungan etnik yang diperhatikan iaitu persefahaman budaya, toleransi kaum dan identiti kebangsaan didapati elemen tingkahlaku yang mengarah kepada persefahaman budaya dan toleransi kaum adalah lebih tinggi dan meningkat berbandingaspek identiti kebangsaan, hal ini menunjukkan kecenderungan pelajar untuk terus kekal dengan identiti etnik berbanding menyerap identiti kebangsaan namun sedia pula menerima perbezaan yang wujud. Pelajar mengakui kepentingan memelihara perpaduan dan menghormati adat budaya pelbagai kaum malah turut menyatakan kebencian kepada sikap rasis dan perkauman.

Kata Kunci : Peranan Guru, Perspektif Kepelbagaian Budaya, Integrasi Nasional


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.