KOMPENTENSI GURU TERHADAP APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Ahmad Rizal Md Rais, Abdul Razaq Ahmad, Anisa Saleha ', Norfarizah Adira Abd Hadi '

Abstract


Abstrak Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kalangan guru banyak membantu meningkatkan kualiti dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik bagi mengenalpasti tahap kompetensi guru dari aspek pengetahuan, kemahiran, dan penggunaan serta hubungannya terhadap aplikasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah yang melibatkan seramai 410 responden yang terdiri dari guru-guru di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi zon Utara, Timur, Tengah dan Selatan. Data kajian dianalisis menggunakan bantuan perisian SPSS 19.0. Analisis deskriptif adalah min dan sisihan lazim manakala analisis inferensi pula adalah Manova, Kolerasi dan Regrasi. Hasil kajian rintis berdasarkan analisis Cronbach Alpha kesemua konstruk kajian berada di tahap kebolehpercayaan yang tingi iaitu diantara 0.776 hingga 0.948. Hasil kajian menunjukkan tahap kompetensi guru dari aspek pengetahuan, kemahiran, dan penggunaan keseluruhannya berada pada tahap sederhana tinggi. Begitu juga dengan tahap aplikasi TMK dalam pembelajaran. Manakala, analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang kuat diantara kompetensi guru dari aspekkemahiran dan penggunaan terhadap aplikasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala, kompetensi dari aspek pengetahuan mempunyai hubungan yang sederhana sahaja terhadap proses aplikasi pengajaran dan pembelajran. Implikasi kajian mendapati kompetensi guru dalam kemahiran dan penggunaan amat memberi kesan kepada guru dalam mengaplikasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajran. Justeru, pihak sekolah perlu menyediakan pelbagai kemudahan di peringkat sekolah bagi membudayakan TMK dalam kalangan guru.

Kata Kunci: Teknologi Maklumat dan Kominikasi (TMK), kompetensi guru, aplikasi pembelajaran


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.