KEMAHIRAN KERJA KURSUS PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA SEJARAH DALAM KALANGAN PELAJAR PELBAGAI ETNIK

Fathilah Akmal Bt. Ismail, Mohd Mahzan Awang

Abstract


Abstrak Kajian ini merupakan satu kajian terhadap proses kemahiran kerja kursus Pentaksiran Tingkatan Tiga Sejarah dalam kalangan pelajar pelbagai etnik. Proses kemahiran dalam menjalankan kerja kursus ini amat penting kerana ianya bertujuan untuk menguji sejauh mana tahap daya intelek pelajar berdasarkan etnik mereka dalam menghasilkan kerja kursus yang berkualiti selaras dengan sistem pemarkahan pentaksiran tingkatan tiga. Walaupun begitu, cabaran dihadapi apabila pelajar yang terdiri daripada pelbagai etnik ini cuba mengaplikasikan konsep pemahaman mereka yang terlalu umum. Justeru, artikel konseptual ini cuba membincangkan konsep pentaksiran dalam konteks pendidikan, pentaksiran dalam sejarah, pentaksiran sejarah di Malaysia dalam skop yang lebih luas dan juga akan menghuraikan konsep pentaksiran tingkatan tiga dalam konteks yang sebenar.

Kata Kunci: Pentaksiran, Tingkatan Tiga, Kemahiran,Etnik, Kerja Kursus Sejarah


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.