KEPENTINGAN PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PPIK) BAGI GURU BUKAN OPSYEN DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH DI SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN RETROSPEKTIF DI MALAYSIA

Khairunnisa Abd. Hamid ', Anuar b. Ahmad ', Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad

Abstract


Abstrak Kertas kerja ini membincangkan tentang kepentinganPengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) bagi guru bukan opsyen dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah. Kajian retrospektif ini melibatkan 10 kajian terdahulu dalam Malaysia yang berkait rapat dengan konsep PPIK tersebut. Kajian ini ingin melihat sejauhmana kepentingan PPIK terhadap guru, dan pelajar dalam meningkatkan kualiti seorang pendidik. Hasil analisa terhadap kajian-kajian ini mendapati PPIK merupakan ciri utama yang perlu ada dalam pengajaran dan pembelajaranterutamanya dalam mata pelajaran Sejarah. Dengan adanya kajian ini,kepentingan menerapkan konsep PPIK kepada semua guru Sejarah adalah tinggi apatah lagi terhadap guru bukan opsyen Sejarah.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.