PENGLIBATAN IBU BAPA DAN GURU (AHLI PIBG) TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI ZON BANDAR MUAR

Mohd Izham Mohd Hamzah ', Hawati Hasan '

Abstract


Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penglibatan ibu bapa dan guru terhadap pencapaian akademik pelajar. Penglibatan ibu bapa dan guru ditinjau dari segi keibubapaan, komunikasi, pembelajaran di rumah, membuat keputusan dan penglibatan komuniti. Kajian juga mengenal pasti hubungan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian pelajar. Kajian ini dijalankan di lapan belas buah Sekolah Kebangsaan Zon Bandar Muar Johor dengan melibatkan seramai 278 orang ibu bapa dan 233 orang guru. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik skala likert lima mata sebagai instrumen. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) 19.0. Secara keseluruhan hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa dan guru di Zon Bandar Muar dari segi keibubapaan (min = 4.15 dan min = 4.23), komunikasi (min = 4.39 dan min = 4.72), pembelajaran di rumah (min = 4.20 dan min = 4.42), membuat keputusan (min = 4.15 dan min = 4.42) dan penglibatan komuniti (min = 4.14 dan min = 4.30) berada pada tahap tinggi. Korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian Bahasa Melayu. Namun terdapat hubungan yang sangat lemah antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Implikasi kajian ini ialah pihak sekolah perlu berfokuskan aktiviti-aktiviti yang boleh menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan pelajar. Manakala ibu bapa perlu mengakui kepentingan penglibatan mereka dalam pendidikan anak-anak demi mencipta kecemerlangan.

Kata kunci: Penglibatan ahli PIBG; pencapaian akademik pelajar


Refbacks

  • There are currently no refbacks.