PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN TEMPAT KERJA DI KOLEJ KOMUNITI: KONSEP, LATAR BELAKANG, ISU DAN CABARAN

Noor Aziawati Che Ali, Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad

Abstract


Abstrak Program Berasaskan Kerja (PBK) adalah satu pendekatan pembelajaran yang semakin popular di Malaysia amnya. Perlaksanaan PBK ini telah bermula di kolej komuniti dan kemudiannya di politeknik. PBKmerupakan satu program pembelajaran yang berteraskan situasi kerja sebenar atau hands-on yang melibatkan industri. Seharusnya pihak industri perlu melibatkan diri secara aktif dalam program ini yang bertindak sebagai pemangkin dan menyediakan platform bagi memastikan kelancaran dan kejayaan program PBK namun penglibatan pihak industri masih kurang dari yang diharapkan. Oleh itu, kertas konsep ini dihasilkan untuk mengupas konsep, latar belakang, isu dan cabaran berkaitan pembelajaran berasaskan kerja di kolej komuniti dimana pihak kolej komuniti dan pihak majikan atau stateholder berkolaboratif memperbaiki bentuk latihan yang efesien dan komprehensif dalam menghasilkan pakar-pakar yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi berkemahiran tinggi di kalangan negara maju.

Kata Kunci : Program Berasaskan Kerja (PBK), kolej komuniti


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.