PENGGUNAAAN PETA PEMIKIRAN i-THINK DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH

Nor Syakirah binti Subhan ', Abdul Razak Ahmad, Noria Munirah Yakub

Abstract


Abstrak Pelbagai inovasi dalam bidang kurikulum telah dilaksanakan supaya pendidikan dapat berubah selari dengan transformasi yang berlaku.Inovasi ini telah membawa kepada satu mata pelajaran baru kepada pendidikan di sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia dimana mata pelajaran sejarah disekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 2014.Bagi meningkatkan tahap pembelajaran pelajar dan kemahiran berfikir, KPM telah memperkenalkan program i-Think.Kertas kerja ini akan membincangkan tentang penggunaan peta pemikiran i-Think terhadap kemahiran berfikir dalam mata pelajaran sejarah. Pendekatan i-Think amat penting bagi meningkatkan kefahaman dan daya ingatan murid dalam mempelajari mata pelajaran sejarah.Hal ini kerana, mata pelajaran sejarah merupakan mata pelajaran yang penuh dengan fakta, peristiwa dan tahun.Selain itu, kertas kerja ini juga turut meninjau kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan isu-isu pendidikan sejarah dan perlaksanaan sesuatu isu dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.

Kata kunci: i-Think, kemahiran berfikir, mata pelajaran sejarah


Refbacks

  • There are currently no refbacks.