PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENGHAYATAN AMALAN KEROHANIAN DALAM KALANGAN REMAJA MUSLIM

Said @ Saidi Muda, Mustafa bin Che Omar ', Fatmawati binti Moh

Abstract


Abstrak Penghayatan amalan kerohanian merupakan faktor terpenting untuk dilaksanakan dalam kehidapan setiap individu muslim. Pengabaian terhadap perlaksanaannya akan memberi kesan buruk dalam pengurusan kehidupan manusia .Ibu bapa merupakan insan terpenting yang berperanan membentuk jati diri anak-anakbagi memastikan penghayatan ini dapat disempurnakan bermula dari peringkat kanak-kanak.Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menentukan tahap penghayatan amalan kerohanian remaja muslim serta hubungannya dengan pengaruh ibu bapa. Kajian tinjaun ini berbentuk kuantitatif deskriptif dan inferensi.Data dikumpul dari sekumpulan subjek dengan mengunakan soal selidik.Pemboleh ubah bebas ialah penghayatan amalan kerohanian manakala pembolehubah bersandar ialah pengaruh ibu bapa.Sejumlah 100 orang remaja di jadikan sampel kajian mengunakan persampelan rawak mudah.Tahap penghayatan amalan kerohanian remaja adalah tinggi (min: 3.66). Pengaruh ibu bapajuga tinggi (min:4.53). Terdapat hubungan yang negatif yang lemah dalam faktor pendapatan ibu bapa (r= -.29).Dapatan ini menunjukan bahawa ibu bapa memberi pengaruh yang besar dalam penghayatan amalan kerohanian para remaja.

Kata Kunci: Amalan Kerohanian, Remaja, Ibu Bapa.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.