LITERASI SEJARAH DALAM PENDIDIKAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH: SATU ANALISIS KEPERLUAN TERHADAP MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TUNJANG KEMANUSIAAN BERASASKAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN

Samni Bin Suraji, Abdul Razaq Ahmad, Mohd Mahzan Awang

Abstract


AbstrakKajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti keperluan dan kriteria modul pengajaran dan pengajaran tunjang kemanusiaan berasaskan pendekatan belajar melalui bermain. Analisis keperluan merupakan aspek penting dalam pembangunan modul bagi memastikan hasil yang diperolehi memenuhi keperluan dan memberikan manfaat kepada penggunanya. Seramai 12 orang guru prasekolah dari beberapa sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia terlibat sebagai responden dalam kajian analisis keperluan ini melalui temubual berstruktur menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data kualitatif dari guru yang dikumpul, dikategori dan dianalisis untuk mengenalpasti tema bagi memberi makna kepada data. Hasil analisis data, secara umumnya mengandungi 5 tema, iaitu (1) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan pendekatan bermain sangat sesuai untuk kanak- kanak prasekolah , (2) Pengajaran semasa guru kurang memberi tumpuan kepada pendekatan bermain, (3) Guru memerlukan sumber dan bahan yang sesuai untuk merangsang minat pembelajaran tunjang kemanusiaan, (4)Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu mengambilkira pengalaman sedia ada kanak-kanak dan (5) Pengajaran yang bermakna dan menyeronokkan perlulah merangsang pelbagai deria kanak-kanak. Dapatan kajia menunjukkan bahawa modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan pendekatan bermain mampu mengembangkan potensi sebenar kanak-kanak. Beberapa cadangan lain turut disarankan oleh guru bagi menambahbaik pengajaran dan pembelajaran tunjang kemanusiaan melalui pendekatan bermain yang akan dimanfaatkan dalam fasa berikutnya pembinaan modul dari aspek sumber dan bahan pengajaran.

Kata kunci: Analisis keperluan, rekabentuk modul, guru prasekolah, pendekatan bermain, tunjang kemanusiaan. literasi sejarah, pengetahuan sedia ada.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.