KREATIVITI GURU DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN PENGHAYATAN SEJARAH

Siti Zubaidah Bt Che Mohd Noor, Abdul Razak Ahmad

Abstract


AbstrakKreativiti merupakan tunggak yang penting pada masa kini dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang pendidikan.Pemupukan kreativiti adalah penting dalam kalangan guru bagi menghasilkan pembelajaran yang efektif dan pemikiran kritis dalam menjana idea pelajar.Maka, kertas kerja ini membincangkan tentang kreativiti guru dalam meningkatkan kefahaman dan penghayatan sejarah.Dalam merentas arus pemodenan dan globalisasi, pelbagai isu dan cabaran terpaksa dihadapi oleh sistem pendidikan di Malaysia terutamanya dalam mata pelajaran sejarah.Selaras dengan pemikiran pelajar yang beranggapan mata pelajaran sejarah adalah mata pelajaran yang membosankan, maka beberapa pendekatan kreatif dibincangkan dalam kertas kerja ini dalam menarik minat pelajar untuk memahami dan menghayati sejarah yang dipelajari dengan menggunakan model pengajaran berkesan Robert E. Slavin.Kertas kerja ini juga membincangkan cadangan yang dapat dilaksanakan dalam memupuk kreativiti dalam kalangan guru dan juga pelajar.

Kata kunci : Kreativiti guru, isu dan cabaran, kaedah pembelajaran kreatif cadangan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.