MELAYU ISLAM PATUT JADI TRIBAHASAWAN: MATLAMAT DASAR-DASAR BAHASA AKAN DATANG

Kamsiah Haji Abdullah

Abstract


Abstrak Matlamat pendidikan umat Melayu sepatutnya ialah mencapai tahap ketribaahasaan -menjadi seorang tribahasawan – seorang yang menguasai tiga bahasa sekali gusiaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Ini merupakan satu keupayaan yang amat sukar dicapai kerana ketiga-tiga bahasa itu datang dari rumpun Bahasa yang berbeza: Bahasa Melayu dari rumpun Bahasa Austronesia, Bahasa Inggeris dari rumpun Indo-Eropah dan Bahasa Arab dari rumpun Bahasa Semitik. Namun Kita mesti mempunyai wawasan yang mantap dan saya yakin keupayaan ketribahasaan boleh dicapai dengan perancangan pendidikan yang menyeluruh dan teliti dari pihak-pihakyang berkepentingan dari kalangan pemerintah, masyarakat dan ibu bapa.Kertas kerja ini akan membincangkan mengapa ketiga-tiga bahasa, Melayu / Indonesia, Inggeris dan Arab perlu dimasukkan dalam dasar pendidikan anak-anak dari peringkat tadika hingga ke universiti terutama di negara majoriti kaum Melayu Islam seperti di Indonesia, Malaysia dan Brunei. Kedua, akan disentuhprinsip, pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh diterokai untuk melahirkan rakyat yang tribahasawan tersebut.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.