MODEL REFLEKSI GURU CEMERLANG TERHADAP “VIDEO CRITIQUE"

Marziah ' Bt Md. Rahim, Zanaton ' H. Iksan

Abstract


Volume 2Proceeding: 7th International Seminar on Regional Education, November 5-7, 201588076 MODEL REFLEKSI GURU CEMERLANG TERHADAP “VIDEO CRITIQUE" Marziah Bt Md. Rahim Zanaton H. Iksan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA. Abstrak Refleksi guru merupakan salah satu langkah yang penting dalam pelaksanaan Lesson Study. Bagi meningkatkan professionalisma guru, Lesson Study telah menjadi amalan penting dalam pelaksanaan Program Professional Learning Community (PLC) di Malaysia. “Video Critique” dan “Lesson Study” adalah di antara alat dalam pelaksanaan PLC.Oleh kerana Lesson Study baru diperkenalkan pada tahun 2011, maka amalan guru dalam melaksanakan Lesson Study masih di peringkat pembelajaran. Antara perkara yang menjadi masalah kepada guru ialah cara membuat refleksi yang baik semasa membuat pemerhatian di dalam kelas. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka cara guru cemerlang membuat refleksi serta tahap refleksi mereka terhadap video pengajaran guru di sebuah sekolah di Negeri Sembilan.Kajian ini telah dijalankan secara kualitatif. Peserta kajian adalah seramai 17 orang guru cemerlang termasuk dua orang pensyarah. Data telah dikumpulkan dengan menggunakan dokumen pemerhatian refleksi peserta kajian dan video sesi video critiquetersebut telah dirakam. Data telah dianalisis menggunakan teknik analisis dokumen video sesi dialog refleksi yang telah ditranskripkan. Hasil dapatan mendapatiterdapat empat tahap reflektif iaitu Deskriptif, Reflektif Dialog, Reflektif Deskriptif dan Reflektif Kritikal. Majoriti guru cemerlang membuat refleksi pada tahap Reflektif Dialog. Terdapat sebahagian guru cemerlang membuat refleksi pada tahap Reflektif Deskriptif dan hanya sedikit guru cemerlang berjaya membuat Reflektif Kritikal. Kajian ini memberi implikasi bahawa perlunya pendedahan terhadap amalan reflektif semasa proses pemerhatian agar guru mendapat maklum balas yang mendalam dan bermakna hasil daripada amalan dalam Pembelajaran Komuniti.

Kata Kunci: Pemikiran Reflektif, guru cemerlang, Video Critique, Lesson Study, Professional Learning Community (PLC) 1.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.