KEPIMPINAN DALAM PROJEK PENYELIDIKAN BAGI PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT

Ragu ' Ramasamy, Siti ' Fatimah Mohd Yasin

Abstract


AbstrakMalaysia bersaing dengan negara negara maju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global.Masalah yang didapati dalam mengenali ciri-ciri kepimpinan di kalangan pelajar pintar dan berbakat mendapati pelajar ini mempunyai kekuatan dan kelemahan berdasarkan aspek kepimpinan. Kepimpinan merupakan salah satu cabang bagi aspek kemahiran hidup dan kerjaya dalam Kemahiran Abad Ke-21. Kajian ini bertujuan untuk menerapkan dan menilai aspek kepimpinan dalam projek penyelidikan bagi pelajar pintar dan berbakat yang menyertai Program Perkhemahan Cuti Sekolah Pusat Permata Pintar Negara,UKM. Seramai 30 orang pelajar dalam kursus Multimedia Kreatif yang terlibat dalam kajian ini. Pelajar dikehendaki menjalankan projek penyelidikan iaitu menghasilkan dokumentari video dalam kumpulan. Penilaian ini dilakukan melalui borang soal selidik yang diisi oleh pelajar sebelum dan selepas kursus serta dianalisisa menggunakan perisian SPSS. Dapatan menunjukkan terdapat perubahan dari aspek kepimpinan sebelum dan selepas menjalankan projek penyelidikan ini. Amatlah penting penerapan aspek kepimpinan dari usia muda supaya pelajar-pelajar pintar dan berbakat ini dapat menjadi seorang pemimpin yang berjaya pada masa akan datang dalam apa jua bidang yang diceburi.

Kata Kunci : Kepimpinan; pintar dan berbakat; kemahiran abad ke-21, multimedia kreatif


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.