PERSEPSI DAN MASALAH YANG DIHADAPI OLEH GURU SAINS DALAM MELAKSANAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Vadsala ' Vadsala A/P Vadivalu, Kamisah ' Osman

Abstract


AbstrakPelan pembanguan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan. Kemerosotan pencapaian Malaysia dalam penilaian antarabangsa adalah disebabkan kurang kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam menjawab soalan yang berkaitan Sains dan Matematik. Guru sebagai pelaksana dasar harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam mengimplimen dasar yang telah dirancang. Kajian ini bertujuan melihat persepsi dan masalah yang dihadapi oleh guru sains melaksanakan (KBAT)dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian kualitatif menggunakan temu bual berstruktur telah dijalankan dengan 10 orang guru sains daripada beberapa sekolah kebangsaan di Selangor.Responden terdiri daripada guru muda dan guru berpengalaman serta guru di bandar dan guru di luar bandar.Hasil kajian mendapati majoriti responden berpendapat bahawa KBAT adalah soalan yang membolehkan murid berkifir secara kritis dan kreatif.Terdapat juga responden menyatakan bahawa KBAT adalah soalan yang memerlukan aplikasi dan analisis.KBAT dilaksanakan oleh guru dengan mengemukakan soalan yang memerlukan murid untuk berfikir.Masalah utama yang dihadapi adalah kekangan masa kerana guru terpaska mengejar sukatan.Masalah pelajar yang pasif dan suka mendiamkan diri juga menyebabkan kekangan dalam melaksanakan KBAT.Pelbagai program dan pendedahan harus diberikan kepada guru agar mereka boleh melaksanakan KBAT dengan lebih efektif lagi.

Kata Kunci : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), pengajaran dan pembelajaran, sains


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.