BUDAYA BELAJAR BAGI ETNIK CINA DI MALAYSIA; PERSPEKTIF ALUMNI, IBU BAPA DAN GURU PELATIH

Mohamad Iskandar Shah Sitam1, Abdul Razak Ahmad, Mohd Mahzan Awang

Abstract


Abstrak Enrolmen murid bukan Cina ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina menimbulkan pelbagai cabaran seperti bahasa pengantar, proses pengajaran dan pembelajaran dalam persekitaran kepelbagaian, perpaduan etnik dan penyesuaian budaya belajar. Artikel ini meneroka budaya belajar etnik Cina di Malaysia dari perskpektif alumni sekolah vernakular Cina dan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah tersebut berkenaan budaya belajar etnik Cina. Murid pelbagai etnik bukan Cina perlu menyesuaikan diri dengan budaya belajar bagi etnik Cina untuk memastikan proses pembelajaran mereka bermakna dan memastikan kemenjadian mereka sebagai murid. Dapatan daripada analisis temubual di banding dan dibincangkan untuk memerihalkan budaya belajar murid etnik Cina.Asas budaya belajar etnik Cina dikaitkan dengan pegangan iaitu “practice make perfect”. Di samping itu kata-kata seperti “ biar kita miskin tapi jangan kita biarkan diri kita miskin ilmu”, “kita hidup untuk belajar … kita belajar, belajar sampai mati” dan “hormatilah orang tua, seolah-olah kamu menghormati ibu bapa kamu”turut menggambarkan budaya yang mempengaruhi adab belajar murid-murid di SRJKC.Enam ciri budaya belajar etnik Cina yang menonjol adalah menghafal, latih tubi, penyempurnaan tugasan atau kerja rumah,latihan tambahan, pelbagai rujukandan menghadiri tuisyen.

Kata Kunci : Sekolah Vernakular, menghafal, latih tubi,kerja rumah ,tuisyen


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.